SOLD OUT
Sunday 23 September 2012
Friday 7 September 2012
Hukum Korban
Korban hukumnya sunat dalam
mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi
bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam
semua mazhab.
Waktu melakukan ibadah Korban
Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.
Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh
juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya
berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan
menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari
akhirat.
Pembahagian daging
Tiap-tiap
orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan).
Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging
lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati,
jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh
bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping
tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7
(kaki cuma ada 4 kaki).
Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging
korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu
juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang
kafir,
Sedekah pahala korban unuk Nabi
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi
Bahawasanya
Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur
hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang
mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku)
KeRasulanNya”.
Monday 3 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)